Friday, January 8, 2010

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kuliah Kelompok dari : Pn Rosliza bt Aziz (Pensyarah Ilmu Pendidikan IPG Kampus Dato Razali Ismail)

FALSAFAH BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Satu proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan bersistem yang boleh membantu melalui usahanya sendiri untuk mengembangkan kemampuan supaya memperolehi kesejahteraan dalam hidup serta berupaya menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.

KONSEP ASAS BIMBINGAN

MC Daniel dan Shaftel 1957 .Bimbingan adalah satu pola perkhidmatan yang merangkumi orientasi, maklumat pendidikan dan kerjaya, inventori, individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.

KONSEP ASAS KAUNSELING

Boy and Pine (1968) mendefinasikan kaunseling sebagai satu perhubungan bersemuka dimana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor. Ada ciri seperti komunikasi efektif, saling hormat menghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor & penumpuan diberikan atas keperluan-keperluan masalah-masalah serta perasaan-perasaan klien.

Pepinsky and Pepinsky (1954) berpendapat kaunseling adalah satu proses interaksi yang terjadi di antara dua orang yang dipanggil sebagai kaunselor dan klien, dilaksanakan di satu setting yang profesional, dan melalui pula hubungan dimudahcara bagi mengujudkan perubahan-perubahan tinkahlaku klien.

KONSEP ASAS PSIKOTERAPI

1) Penekanan kepada pemulihan penyakit mental yang serius.
2) Menyelesaikan masalah perubahan reconstruktive dalam individu disamping pertumbuhan.
3) Psikoterapi mengambil masa yang panjang. (outpatient & inpatient)

No comments:

Post a Comment