·
Pelopor Albert Elis
- REBT ialah satu terapi yang berbentuk didactic kognitive dan berorientasikan tindakan. Ia menekankan peranan fikiran dan sistem pemikiran sebagai punca masalah peribadi. ( Dia percaya manusia bermasalah dan bersifat negatif kerana dia fikir mengarut dan fikir benda yang tak patut)
Falsafah Asas
- Manusia cenderung dipengaruhi oleh pemikiran yang salah. (Contoh : Dia fikir kemudian dia terpengaruh dengan apa yang fikirkan. “ Kalau dapat posting kat Sarawak habislah kat sana nanti nampak tengkorak di rumah orang orang Sarawak”). Hal ini akan menyebabkan gangguan emosi dan tingkahlaku berlaku.
- Pemikiran sangat menentukan perasaan dan tindakan.
- Terapi ini berorientasikanpemikiran dan tingkahlaku. Ia menekankan peranan berfikir, membuat keputusan, menyoal, bertindak dan kembali membuat keputusan.
- REBT ialah satu model psiko-pendidikan. Ia menekankan terapi sebagai satu proses pembelajaran mendapatkan kemahiran-kemahiran baru dan cara-cara baru untuk berfikir dan mendapatkan cara-cara yang lebih efektif.
Konsep Utama
- Masalah-masalah tingkah laku mungkin berpunca daripada zaman kanak-kanak lagi. Akan tetapi masalah-masalah ini berulang kerana pengaruh-pengaruh semasa.
- Sistem pemikiran individu ialah punca utama kecelaruan.
- Dialog dalaman mempengaruhi tingkahlaku seseorang
- Klien menerokai tanggapan yang salah menjadi regid dalam diri.
Matlamat Utama Terapi
- Untuk mencabar klien untuk melihat pemikiran salah denganbukti-bukti yang dikumpulkan dan dinilaikan olehnya sendiri.
- Untuk membantu klien melihat dan mengurangkan pemikiran yang regid
- Untuk sedar pemikiran automatik dan pemikirannya.
Hubungan Teraputik
- Dalam REBT ahli terapi berfungsi sebagai guru dan klien sebagai pelajar
- Ahli terapi sangat directive dan mengajar teknik ABC.
Teknik-teknik
- Ahli Terapi menggunakan pelbagai teknik kognitif, emosi dan tingkah laku. Pelbagai kaedah diubah –suai supaya sesuai dengan keperluan khusus individu.
- Antara teknik-teknik termasuklah dialog Socratic, mendebatkan pemikiran-pemikiran tak rasional, membuat kerjarumah, mengumpulkan data dsb.
Aplikasi
- Rawatan
- kemurungan,
- Gelisah ,
- Masalah rumah tangga,
- pengurusan tekanan,
- latihan kemahiran,
- penyalahgunaan dadah,
- kecelaruan pemakanan,
- serangan panik,
- performance anxiety
- fobia sosial
- Pendekatan ini sangat berguna dalam mengubah pemikiran manusia.
- Banyak kumpulan selfhelp menggunakan prinsip-prinsip model ini.
- Boleh digunakan populasi yang ada masalah khusus.
No comments:
Post a Comment